Bunyi sebutan nama; iaitu jika bunyi di :-
Depan = Markah 9
Atas = Markah 8
Bawah = Markah 5
Contoh:-
Nama Lelaki : Ahmad Azhar
Sebutan : Ah + mad + Az + har
Markah : 8 + 8 + 8 + 8
Jumlah : 32
Nama Perempuan : Arni Nazira
Sebutan : Ar + ni + Na + zi + ra
Markah : 8 + 5 + 8 + 5 + 8
Jumlah : 34
So Jumlah Keseluruhan : 32 + 34 = 66
Mencari baki :-
Jumlah 66 dibahagi pula dengan nombor 9, 7, 5 dan 3.
Iaitu:-
66 bahagi 9… baki ialah 3
66 bahagi 7… baki ialah 3
66 bahagi 5… baki ialah 1
66 bahagi 3… baki ialah 0
** Oleh itu baki ialah 3, 3, 1 dan 0 (baca dari atas ke bawah)
Peringkat perjalanan usia perkahwinan (9, 7, 5, 3)
# 9 – Di masa muda (awal perkahwinan)
# 7 – Di masa memasuki pertengahan
# 5 – Di masa menghadapi masa tua
# 3 – Di masa tua (penghujung perkahwinan)
Jika baki :-
0 – Bulan Purnama
Di waktu ini rumah tangga sangat bahagia, hidup penuh dengan aman dan damai. Tidak berlaku kekecohan. Jika pasangan ini subur kemungkinan mendapat ramai anak.
1 – Biji Di Tasik
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.
2 – Anak Raja Sekandang
Di waktu ini pasangan suami isteri romantis, rasa secocok, rasa sama padan dan saling memahami. Maka rumahtangga menjadi bahagia.
3 – Anak Raja Kepanasan
Di waktu ini sering berlaku pertengkaran, bergaduh, bermasam muka iaitu dengan kata lain perselisihan faham sering berlaku. Jika dibiarkan berlarutan rumahtangga akan hancur.
4 – Abu Atas Tunggul
Di waktu ini duit ada tapi tidak pernah cukup. Jika dapat wang pun hanya sekadar dapat lihat sahaja. Wang itu cepat habis digunakan. Ada-ada saja perkara yang hendak dibelanjakan. Senang datang senang habis. Poket sentiasa kosong.
5 – Telaga Di Bawah Bukit
Di waktu ini rezeki datang melimpah-limpah. Tidak menghadapi masalah kewangan. Hidup senang.
6 – Tanduk Seberkas
Di waktu ini pasangan menjadi romantis, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang.
7 – Naga Seru
Di waktu ini pasangan tidak tenteram kerana masalah kuat cemburu. Selalu tidak percaya pada pasangan.
8 – -sama seperti nombor 0-