Sunday, January 30, 2011

RAHSIA KESERASIAN PASANGAN

Bunyi sebutan nama; iaitu jika bunyi di :-
Depan = Markah 9
Atas = Markah 8
Bawah = Markah 5
Contoh:-
Nama Lelaki : Ahmad Azhar
Sebutan : Ah + mad + Az + har
Markah : 8 + 8 + 8 + 8
Jumlah : 32
Nama Perempuan : Arni Nazira
Sebutan : Ar + ni + Na + zi + ra
Markah : 8 + 5 + 8 + 5 + 8
Jumlah : 34
So Jumlah Keseluruhan : 32 + 34 = 66
Mencari baki :-
Jumlah 66 dibahagi pula dengan nombor 9, 7, 5 dan 3.
Iaitu:-
66 bahagi 9… baki ialah 3
66 bahagi 7… baki ialah 3
66 bahagi 5… baki ialah 1
66 bahagi 3… baki ialah 0
** Oleh itu baki ialah 3, 3, 1 dan 0 (baca dari atas ke bawah)
Peringkat perjalanan usia perkahwinan (9, 7, 5, 3)
# 9 – Di masa muda (awal perkahwinan)
# 7 – Di masa memasuki pertengahan
# 5 – Di masa menghadapi masa tua
# 3 – Di masa tua (penghujung perkahwinan)
Jika baki :-
0 – Bulan Purnama
Di waktu ini rumah tangga sangat bahagia, hidup penuh dengan aman dan damai. Tidak berlaku kekecohan. Jika pasangan ini subur kemungkinan mendapat ramai anak.
1 – Biji Di Tasik
Di waktu ini pasangan hidup dengan keadaan kewangan yang hanya cukup makan. Tidak mewah (dengan kadar masing-masing) dengan kata lain tidak cukup duit atau susah sedikit untuk mendapatkan duit. Rezeki payah.
2 – Anak Raja Sekandang
Di waktu ini pasangan suami isteri romantis, rasa secocok, rasa sama padan dan saling memahami. Maka rumahtangga menjadi bahagia.
3 – Anak Raja Kepanasan
Di waktu ini sering berlaku pertengkaran, bergaduh, bermasam muka iaitu dengan kata lain perselisihan faham sering berlaku. Jika dibiarkan berlarutan rumahtangga akan hancur.
4 – Abu Atas Tunggul
Di waktu ini duit ada tapi tidak pernah cukup. Jika dapat wang pun hanya sekadar dapat lihat sahaja. Wang itu cepat habis digunakan. Ada-ada saja perkara yang hendak dibelanjakan. Senang datang senang habis. Poket sentiasa kosong.
5 – Telaga Di Bawah Bukit
Di waktu ini rezeki datang melimpah-limpah. Tidak menghadapi masalah kewangan. Hidup senang.
6 – Tanduk Seberkas
Di waktu ini pasangan menjadi romantis, penuh kemesraan dan penuh kasih sayang.
7 – Naga Seru
Di waktu ini pasangan tidak tenteram kerana masalah kuat cemburu. Selalu tidak percaya pada pasangan.
8 – -sama seperti nombor 0-

Monday, December 6, 2010

esok dah tahun baru

Selamat tahun baru.....

Esok cuti...biasanya kalu cuti aku akan kata YEAAAAAAHHH..tp kali ni x.....i feel so bad.
Bln december ni byk peristiwa..Bulan ni aniversary aku yg ke 3thn...tapi.....no celebration, no hang out, no present.. Yang aku dapat tahun ni robekan dan torehan dihati sehingga terluka.wow bunyinya sgt harsh kan?...bad year la thn ni..byk benda buruk jadi kat aku.....tapi byk gak benda aku belajar daripada kesilapan aku yg lepas2...

so i wish uth thn baru esk.Semoga ada sinar bahagia yang menanti aku.(fairy tail sgt!)...apa ek impian aku.......hmm....i wish aku dpt bertemu jodoh dengan seseorg yang bole menghargai aku dan boleh menghormati aku dan juga boleh menerima aku seadanya....Teringin gak nak kawin kan..umur pon makin lama makin bertambah..Hopefully apa yang aku hajati tahun depan akn menjadi kenyataan...Kalau diperkenankan la doa dan harapan aku ni, aku nk bernazar..Nazarnya....(amal jariah kpd anak2 yatim) bole ckp ke kalu kita nk nazar....tp ni la niat aku,...tapi kalu xdapat capai pon xpe la..aku redha..

Nak cakap sikit je...

Ini hati aku...

bila terluka, akan jadi mcm ni...kadang2 terbelah 2, kadang2  retak seribu, kadang2 berlubang2..=(


bila dah terluka...aku terpaksa ubati sendiri....sapa nak sembuhkan ye tak?=(
 walaupon dah ubati....biasanya masih ada kesannya....=(


Sunday, December 5, 2010

tak keruan

hari ni aku rasa sunyi,lonely,boring,serba xkena. Hati ni xtenteram...asyik rasa nk nangis je....tapi air mata xkeluar.Aku xtau kenapa dgn aku hari ni. =(

Kalau aku ni pemain game the sims...aku rasa pd butang social tu dah merah n tahap jerit2 dh tu....So  i need fren utk berborak2 n bergelak2 ketawa....

Jebon?ntah..aku terasa hati ngn dia...Masa free dia bukan utk aku..tp utk kawan2 dia....so biar la dia ngn kwn2 dia....Aku ni sapa la kan?bukannya diperlukan sgt pon. Dia lebih pentingkan kamera n kwn2 dia.....

Bunyi mcm merajuk je...mmg pon...nk luahkan nnti dia ckp aku nk cari pasal....Pendam je la....nk citer kat sapa lg kan?Aku sunyi aku tanggung la sorg2...:'(

adoi...menitik plak air mata ni.....dr semalm memendam perasaan....xleh nk luah kat sapa2...aku luah la kt blog apa yg aku rasa....ok la..drpd aku dok mengadu domba pada blog ni....cupcakes org xsiap2.....aku beransur dulu la....semoga lepas luahan ni hati aku tenang sikit la harapnya.....

cupcakes...

tempahan dr my sis..nk tema merah itam utk husband dia....Besday abg ipar aku esk..so planning ari ni nk buat cupcakes saiz M chocolate moist...nnti dh siap aku upload sini gmbr tu....

chow~

nk tgk lebih lnjut click http://pyotcupcakes.blogspot.com/

Saturday, November 27, 2010

mimpi buruk

Hi u'ols..

lama sudah xhapdet blog ini.....well azielanajwa blog sudah berwajah baru...u'olls suka ke?i'olls suka hocay.....(adeh ni apasal bhs fonen kuaq nih?mari kita betolkan anak tekak kwn2....ehemmm)

merujuk kepada tajuk entry aku kali ini..(wahh gitu..mcm karam singh propa!!!)...aku bru bgun tdo kul 9 td....aku rs xbest je bila celik mata td....aku mcm sedih...sedih sbb mimpi yg aku alami mlm td...=(

sedih...

mula2 aku mimpi kwn baik aku mengadu kt aku yg dia kne tibai ngn husband dia..sbbnya kena tibai just bcoz of badan dia dh naik,n hubby dia xsuka..so thats y dia kne tibai....aku dijadikan tmpt mengadu domba....sbg kwn aku cuba la pujuk n nasihat dia..as usual nasihat aku berbunyi begini "xpe la...kau byk2kan bersabar je la...kita doa semoga hubby ko berubah okay" kwn aku yg dipukul hubbynya pon kembali hocay dan mereka kembali romentik didpn aku...itu mimpi yg pertama....

mimpi bersambung ke episod ke2....

dh mcm telenovela katanya..selepas aksi kaunseling b'sama kwn aku dipukul hubbynya....ada org dtg umah aku time tu...kwn aku n bfnye....well kteorg melepak2 spt biasa dirumah..dan turut kelihatan ketika diruang  tamu, Jebon anak borhan pon ader.....yer ada 3 psgn semuanya....as usual bersembang2 n bergelak2 dekah2.....tgh seronok tgk tv time tu...family aku plak balik.....

Friday, November 26, 2010

resepi ayam penyet

Sumber resepi dari blog ni -->click sini

Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.

Monday, October 25, 2010

bookmark forum.....sgt bagus untuk diet

terima kasih semua! sekarang dah cuba untuk ubah cara hidup.

1. cuba puasa sunat isnin khamis.
2. sebelum makan, minum air masak byk2..
3. harus breakfast yg tinggi fiber.
4. mkn tghhari, cuba jgn ambik nasi..mkn byk sayur dan buahan2..
5. cuba berjalan ptg2, selama sejam.
6. jgn simpan stok makanan kat rumah. simpan buah sahaja.

Friday, October 22, 2010

ASAM PEDAS AYAM MELAKA (RESEPI SAL)

Hola...

Bulan puasa lepas..g mkn asam pedas ayam kt umah sewa din.Bini dia msk...mak aih..sedapnya asam pedas dia...cukup rasa serba serbi..
Setelah berbulan lamanya punya nak resepi masak asam pedas ayam ari tu..akhirnya hari ini berjaya juga aku dan zurin dapatkan resepi ayam masak asam pedas melaka....balik ni nk try buat la....

so hasil interview kami dengan tukang masak asam pedas ayam ni yakni sal bini kepada din.....ini la bahan2 yg digunakan..pure from melaka u'olls...selamat mencuba..


Asam Pedas Melaka (Resepi Sal)

Monday, October 18, 2010

Untuk seseorg yang sedang cuba menjatuhkan aku......

SEDIKIT PERKONGSIAN UNTUK RENUNGAN.


Hasad atau dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu (Hidayatus Salikin 206). 

Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. 

Rasulullah bersabda bermaksud: "Takutlah kamu semua akan

Thursday, October 14, 2010

Tafsiran Al-Quran

Nak baca Al-Quran dan tafsiran dalam bahasa Melayu...?

klik disini

Ayat Penggerak

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)
Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;




Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

Wednesday, October 13, 2010

Syurga Tempatnya..Amin...

29 September 2009, terlahirnya seorg anak kecil ke bumi Allah. Bayi lelaki seberat 2.8kg keluar dari rahim ibunya menjenguk dunia. Terdengar suara tangisan anak kecil itu sambil mata mengerling2 ke kiri dan kekanan. Barangkali mencari susu ibunya. Namun, suara teriakannya masih terdengar memecah keheningan pagi di klinik bersalin. puting ibunya tidak dpt dinyonyot, Jari kecilnya menjadi ganti.Suara tangisan anak kecil itu tidak lagi kedengaran selepas itu.
Lahir secara rahsia...dibesarkan juga secara rahsia.Anak kecil itu ibarat kain putih. Tidak mengerti apa2. Hari berganti hari, bulan berganti bulan....Anak kecil itu yg dipanggil Danial membesar dan terus membesar..Wajahnya comel,berkulit putih.Kening lebat,rambut pon lebat...Lincah dan sering bermain sendirian. diusia 10bulan anak kecil itu sudah mula mengatur langkah,mengimbang diri sendiri.

Tumbesaran danial masih menjadi rahsia. Sehingga la danial berusia 1thn 1minggu.

Friday, October 8, 2010

Lirik Lagu Hanyut - Faizal Tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Friday, October 1, 2010

resepi cupcakes (menggunakan shortening)

Ingredients

• 2 cups all purpose flour
• 2 cups sugar
• 1/2 teaspoon baking powder
• 1 teaspoon salt
• 1 teaspoon baking soda
• 1/2 cup shortening
• 3/4 cup water
• 2 large eggs
• 3/4 cup milk
• 1 teaspoon vanilla
• 4 ounces melted unsweetened  baking chocolate
 

Chocolate Cupcake Recipe Directions

Preheat oven to 350 degrees.  Line cupcake pans with paper liners.
Combine all ingredients into large mixing bowl.  Mix at low speed for 30 seconds, and scrape bowl.  Mix at high speed for 3 minutes.
Fill liners 1/2 to 2/3 full of batter.  Bake 20 to 25 minutes or until toothpick inserted in center comes out clean.
Cool 10 minutes in pans then remove from pan, and place on wire racks to cool completely.
Frost when chocolate cupcakes are completely cool.
-------------------------------------------------------------

resepi ni pon menarik....kek naik cantik,n ada inti cream cheese didalam.....for frosting also the makcik made from cheese....i dont know how it taste...but what i know is i really love cheese..hahahaha......leh try this at home......below is the resepi.....to all...selamat mencuba....

nota perut: i really miss him so much...dah 2hari dingin...so sad..i feel lonely :(

CHOCOLATE CAKE RECIPE

  • 2 Cups sugar
  • 1 ¾ Cups flour
  • ¾ Cup cocoa powder
  • 2 Teaspoons soda
  • 1 Teaspoon baking powder
  • ½ Teaspoon salt
  • 2 Eggs
  • 1 Cup buttermilk
  • 1 Cup strong coffee (I dissolve 1 Tablespoon instant coffee in a little boiling water then add cold to cool)
  • ½ Cup vegetable oil
  • 2 Teaspoons vanilla

Preheat oven to 350F degrees.

Sift together in a mixing bowl the flour, sugar, cocoa, soda, baking powder and salt. Add the eggs and oil. Mix while adding the buttermilk, coffee and vanilla; Beat until well blended.


GOURMET CUPCAKE FILLING

  • 8 Ounces soft cream cheese
  • 1/3 Cup sugar
  • 1 Beaten egg
  • 6 Ounces miniature chocolate chips
  • Cream together the cheese, sugar and egg. Fold in the chocolate chips.


CREAM CHEESE FROSTING (for gourmet cupcake recipe)

  • 8 Ounces soft cream cheese
  • ¼ Cup soft butter
  • 1 Teaspoon vanilla
  • 1 Pound powdered sugar

rujukan: cara omputeh wat kek klik sini 
stelah meng "google" gourmet cupcakes ini hasilnya
 

Solat Taubat

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

Monday, September 27, 2010

Butter cream And Fondant cream untuk frosting cake (video sponsor by vimeo)

haloo..

lately ni aku ada 1 hobi baru. Cooking and Baking...Last saturday ari tu, aku buat cupcakes lg.....for 2nd time....untuk butter cream...i really love it....x cair sgt, xkeras sgt.....and baru aku perasan if kita guna butter putih (aku guna brand buttercup) butter cream tu jadi lg sedap n kurang manis compare to kalu guna mentega planta/daisy....

ni resipi untuk butter cream yg aku cuba buat ari tu..

Butter cream Resepi
1 cawan soft butter(aku guna lepa susu buttercup)
3-4cawan gula icing
1/4 cawan susu segar kurang lemak
1 sudu kecil esen vanila

Sunday, September 19, 2010

Kenapa Aku Tulis Blog?

Tepat jam 9.30mlm, suasana begitu sunyi. Hanya kedengaran bunyi kipas siling berputar pada tahap sederhana. Malam ini tiada lagi kedengaran suara tangisan anak kecik disebalik tingkap. Barangkali anak kecil itu sedang disuap nestum oleh ibunya. Aku ketika ini sedang duduk di penjuru katil. Meriba komputer riba jenama ACER Aspire One berwarna merah. Sambil menyandar dibalik tembok berwarna pink, jari jemari menyusun atur ayat2 yang akan dilontarkan melalui salur darah dan saraf dari bahagian otak ke hujung jemari aku.

Bersastera aku malam ini ye? berbalik kepada tajuk entri aku malam ini. Kenapa aku tulis Blog? Adakah kerana aku inginkan populariti?Oh tidak......sama sekali tidak. Ini medium tempat aku berkarya. Tempat aku

Saturday, September 18, 2010

kenapa aku tukar "this is how i express my feeling" instead of "blog aku sukahati aku,xsuka bole pegi baca blog org lain"

ada cerita disebalik cerita sbnrnye...lumrah hidup di muka bumi.Bukan semua apa yg kita buat org suka begitu juga disebaliknya....aku pon xterlepas la dari dikeji,dicaci,di kutuk,di hina secara depan2 dan terang-terangan oleh org yg pernah mengaku sahabat aku sendiri. Alkisahnya, mybe dia selalu agaknya baca blog aku. n myb xsuka ke apa ke kan?so dia dgn sukahatinya menghina n menjatuhkan maruah aku sesuka hati beliau. Sentap?ofcourse la beb....kawan yg mengaku sahabat satu ketika dulu...alih2 bertukar menjadi biadap. apa aku buat kalu berhadapan dgn situasi cmtu?aku ni bukan la jenis nk maki org sesuka hati like what he did to me....aku diamkan je, lagi didiam..abis semua pekung dibuka..pergh..time tu rasa nk maki je kaw2 kt dia....tapi aku pk balik..apa aku dpt?berkelakuan spt dia balik...so what the difrent between aku ngn dia kalu aku bertndak serupa itu...hati mmg sakit....tp kalu aku buat sume tu...aku rs lega ke?tak pon.....apa yg aku buat, i remove him from my fren..bukan kt fb je....tp semua la.....phone number n segala2nya.....sbb aku tak perlukan kwn yg hipokrit dgn aku....blkg ko mengutuk hina aku mcm2....depan korek cerita,blkg kutuk2 lagi......kawan ke tu?neway thanx a lot la......atas nasihat2 sblm ni yg penah ko bg....insyaAllah aku simpan elok2..mana la tau kalu berguna...

Hari ni saya nak bercerita....

sayup kedengaran suara budak menangis teresak2 di sebalik tingkap.Jam didinding tepat menunjukkan pukul 8.00mlm. Nak di jenguk, perut semakin mengecut. Nak dibangun, punggong dh mcm kne gam gajah di katil..jari-jemari semakin rancak menekan-nekan keyboard.."arghh...Lantak la..desus hati nurani ku" ....nurani ker u'olls?

Musim-musim raya ni..aku xbyk berjalan pon..bru 2 kali je p jalan umah mmber baik...(hei..i still got bff hocay) p umah apis poad si diva teruunggul ala2 anuar zain...mkn nasi  minyak u'olls....berminyak2 la perut aku ni jah hoi.....then g umah my best buddy utk tgk ank aku....arab..n offcourse la si wawa besaq pon ada jugak....dok p main2 ngn anak arab ja la raya ari tu.....kasih hati pon folow skali la...si jebon anak borhan..muahahaha..sorry syg..i'olls panggil u jebon...coz u cute cam jebon...(ni apa aku dok melalut nih?)


lubang idong dia cm ayah dia la...muahahaha....aleesya ms umur 3bulan....

Tuesday, September 7, 2010

Hangatnya Raya - Hanya Kerana Cinta

Keadaan kita memang sukar
Bukan kerna cinta yang menghalang
Walaupun terpaksa kita terpisah
Namun hanya untuk seketika saja
Tak pernah lepas dari cobaan
Dalam perjalanan percintaan
Tapi ku relakan cintaku untuk mu
Yakin pada tulusnya kasihmu

Monday, September 6, 2010

Belajar buat kek

how to make Fondant Icing? sila click disini 

cara2 utk buat cupcakes coklat

Friday, August 27, 2010

R.I.N.D.U

Bising la bunyi printer ni..Eh ada plak bunyi sms masuk. Mata aku tepat menoleh ke arah hp sony ericson Z610i kaler pink..tiada berbunyi,tiada misscall,tiada unread sms =(
Bukan aku punye rupanya... :'(


Monday, August 23, 2010

Org lain plak meroyan lebih...

cakap salah,xcakap salah...

luah salah, xluah salah....

diam salah, dipijak kepala....

bersuara pon salah, kne caci.....

the truth is out already...

so berhati-hati la...

Thursday, August 19, 2010

PERMOHONAN PERKAHWINAN BAGI PEREMPUAN....

Permohonan Perkahwinan Bagi Perempuan Print
MAKLUMAT UMUM

Menurut pandangan Islam, perkahwinan adalah salah satu ibadah. Oleh itu, ia perlu dilaksanakan mengikut ketetapan syariat. Melalui perkahwinan, seseorang itu dapat membina keluarga dan ini adalah suatu saluran untuk seseorang itu menunaikan ibadah iaitu dengan membelanjakan wang untuk keperluan keluarganya, memberikan pendidikan, menunaikan solat berjemaah dan sebagainya.

Allah swt. telah berfirman dalam Surah Ar Rum: ayat 21 yang bermaksud:

"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu."

Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat kepada setiap individu. Setiap pasangan yang ingin mencapai kebahagian perlu mengetahui matlamat sebenar perkahwinan yang mereka bina. Tanpa matlamat yang jelas, sesuatu perkahwinan itu tidak dapat dibentuk dan diarahkan dengan baik dan akhirnya akan mengakibatkan kehancuran.

Oleh kerana melalui perkahwinan, umat manusia akan berkembang dan akan terjalin hubungan persaudaraan di antara dua buah keluarga, kita harus berhati-hati dalam melaksanakannya agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Islam telah menggariskan ciri-ciri calon suami atau isteri yang patut dipilih iaitu kerana kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Walau bagaimanapun, Islam menekankan bahawa pemilihan yang paling baik adalah dari kalangan orang yang beragama.

Peranan wali dalam pernikahan amat penting kerana ia merupakan salah satu daripada rukun nikah. Sekiranya pernikahan dilaksanakan tanpa wali ia adalah tidak sah dari segi hukum syarak. Wali hendaklah terdiri daripada orang yang berkelayakan.

Susunan Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syara' adalah seperti Berikut :-.

1. Bapa Kandung.
2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas.
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa.
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa.
5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa.
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa.
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa.
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya.
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya.
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki).
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki).
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa.
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa.
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya.
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya.
21. Wali Hakim.


lalala sudah khamis

Aku lebih suka menulis dr bercakap....

Aku lebih suka mendengar daripada bercakap....

Aku lebih suka melihat daripada bercakap.....

Aku lebih suka melalut daripada serius......

Aku lebih suka berdiam diri bila kena marah....

Aku lebih suka menangis daripada melawan.....

Aku lebih suka mengalah dari nak menang......

Aku lebih suka makan hati daripada menyakitkan hati......

Aku lebih suka kentut dari sendawa.....

Wednesday, August 18, 2010

sekadar luahan hati

Per: 1
ari tu aku kne sound ngn seseorg melalui seseorg.......dia ckp "jgn nk tunjuk baik"....eh hello...cari pasal nmpk?huh~sorry...aku xberminat nk berpsl ngn ko.......pathetic person not allowed comunicate with me...anda juga tak berjaya menimbulkan kemarahan sy.....hihihi

dont worry la girl..nobody will disturb ur  life anymore......semoga berbahagia n kekal abadi hendaknya...~peace~

Per: 2
As usual....pegi keje balik keje without keje diopis rs mcm panguin mengunyah sirih......im useless.....dtg kerja tgk screen.....kul 5 tutup pc balik...what a bored life.....aku dh xde passion nk keje kt ctu lagi......apa patut aku buat?offer tmpt lain blom dpt lg..

LASAGNIA AYAM

JOM MASAK-MASAK...



LASAGNIA AYAM






 



 





- kepingan pasta lasagnia (direbus & disejukkan)


- cheese powder 








Bahan-bahan untuk sos bolgonis





Tuesday, August 17, 2010

TERkilan...

aku mmg dh lama maafkan ko pon...BUT i will never forget what u did to me...THANKS anyway....

RESEPI COKLAT BROWNIES

Dah caca merba dh blog aku nih....lantakkan....nnti2 aku free aku susun la elok2....Nape tah lately ni passion nk memasak tu semakin menjadi2...byk btol rs nk try......gatal nak kawin dah agaknya...hahahahaha.....

ni resepi aku copy dr blog org......next time nk try buat la kek ni.....td tgk kt videojug.com "how to make chocolate brownies?" dia ada tnjuk live....so mcm sng..so leh la try ari minggu ni...hehehe....

disertakan sekali resepi yg bakal cik pyot buat......nnti dh buat bole la aku upload gmbr kt sini..ntah jadi ntah dak kan?so lantakkan......

BROWNIES

Bahan A
1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]
2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
50 gram serbuk almond (aku tambah sendiri)

Cara
1. Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
2. Kacau bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B.acau rata.
4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
6. Bakar selama 45 - 50 minit.
7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

Tuesday, August 10, 2010

Im Sorry for my Silly misTake........

"Sorry"

Will you listen to my story?
It'll just be a minute
How can I explain?

What ever happened here
Never meant to hurt you
How could I cause you so much pain?

When I say I'm sorry
Will you believe me?
Listen to my story
Say you wont leave me
When I say I'm sorry
Can you forgive me?
When I say I'll always be there
Will you believe
Will you believe me?

All the words that I come up with
They're like gasoline on flames
There's no excuse
No explaination
Belive me
If I could I'd undo what I did wrong
I'd give away all that I own

When I say I'm sorry
Will you believe me?
Listen to my story
Say you wont leave me
When I say I'm sorry
Can you forgive me?
When I say I'll always be there
Will you believe
Will you believe me?

If I told you
I've been cleaning my soul
And if I promised you
I'll regain control
Will you open your door
And let me in?
Take me for who I am
And not for who I've been?

Who I've been...

Monday, August 9, 2010

GADIS SEMASA by Yuna

Oh begini rasanya cinta
bila diagung-agungkan
kuasanya dan aku
begitu naif untuk dirimu
kerna oh usia
Oh sekarang bukannya masa
untuk kau ungkit kagi salah
siapa dan engkau terlalu ego
untuk diriku
kau memang begitu
Bukalah mata yang selama ini engkau
pejamkan dan lihatlah diriku..
Buanglah buanglah!
Buang curiga yang telah lama kau simpan
yang mungkin memudaratkanmu
Aku memang begiu
tetap seperti dahulu
terlalu menyayangi dirimu
kau mahukan gadis semasa
yang bisa memberikan kau segalanya
dan engkau tak mampu melihat apa yang
ada didepaanmu
Kau mahu perubahan dunia tetapi pada aku
sama sahaja dan engkau terlalu ego
untuk diriku
kau memang begitu

download lagu ini?klik link dibawah..

HAPPY BIRTHDAY TO ME

 Salam pyot..

kau dh genap 25tahun...yeah yeah..ko dah masuk alam dewasa..ko dh pegang tanggungjawab besar dlm hidup ko..ko berada di stage lain. Apa impian yang kau angankan kena jugak capai. Walau apa pon.....kena jugak capai target if tak.....kalau dh usia kau cecah 30thn ko akn menyesal..

25thn bukan la usia muda lagi untuk kau. Atleast kau kena ada sesuatu yang meyakinkan. Kau dah tak bole main-main dlm hidup kau tau. There is no try & error lagi. Kau kena serius untuk mengecapi apa yang kau dh planning sebelum ni.

well..Aku nak ucapkan semoga boleh capai apa yang ko plan for 5years from now.

1) kerja tetap yang lebih menjamin

2) Ilmu rumah tangga yang kau tgh belajar skrg..apakah itu?
     - kena blajar masak
     - disiplin buat keje rumah..pasni kena pandai bahagi masa nak mengemas umah, basuh kain, lipat kain....bla bla bla
     - belajar menjahit..so nnti kalu dh kawin xpayah la nk upah2 org tempah baju raya ke langsir rumah ke...bila dh tau bole buat sndri...jimat duit sndri n laki ko..bagus kan?
     - kena lagi kreatif...rajin ubah suai umah...so untuk masa terdekat ni..bilik kau kena sentiasa berubah n cantik memanjang.......bilik anak dara katakan......
     - paling paling kena buat... KAWAL PERASAAN MARAH & BARAN tu.........apa2 pon kena praktikkan skrg.....kalu tak mampos la idup makan tajang dari lelaki bernama suami....mamposss...

3) Starting next year 2011 dah kena kumpul duit secara serius n penuh disiplin. Akaun ASB xbole lagi ada transaksi duit keluar....Blajar dari pengalaman kawan2...jangan membiasakan diri buat loan nak kawin...melainkan kalu keadaan terdesak....apa2 pon....dlm tangan mesti kena ada atleast 10K.......nak kawin kena ada pengorbanan..tapi bukan la pengorbanan untuk selama2nya okay..xmo nnti pas kawin mkn bubur memanjang....

4) No more scandle2, try2n error ngn org lain.......En Love dh terlalu baik utk kau. Mmg dia ada kekurangan...ko pon ada kekurangan juga..igt tu!!...ko baran, bukan model n xbole nak diva2 sini..so xpayah nk demand lelaki yg lebih baik dr En Love....dia dh terlalu baik utk kau......INGAT!!.....dia bole menerima kesilapan kau yg lampau....dia leh memaafkan kau walau dia tau apa yg ko penah buat dulu....dia still bagi kau peluang ke2 utk kau berubah.........kalu kena ngn org lain...GOOD BYE la jawabnya...goodbye with no MERCY......So...JANGAN sesekali sia2 peluang yang ada... 
"lebih baik terima n mencurahkan cinta kau kepada org yang cintai kita sepenuh hati dari kita mencintai org sepenuh hati..."

5) Hal family.....kena pelan2 kayuh n kental...mmg sampai bila2 pon mak ko xkan terima...tapi kena igt........apa2 pon mintak restu dulu....jangan lupa BERDOA dengan seikhlas hati pada ALLAH swt supaya DIA lembutkan hati mak n bapak serta kaum keluarga kau utk terima En Love kembali....apa2 pon igt 1..yg nak hidup di ms akn dtg kau...yg nk berkeluarga kau.....byk2 bersabar n jangan lawan2 mak n bapak dah ok?janji!

6) Apa2 hal pon.....kena berdoa berdoa berdoa berdoa berdoa sampai bila2 pon kena berdoa pada YANG MAHA ESA....mintak dia permudahkan kehidupan kau sekarang dan juga pada masa depan..jangan pernah jemu memohon rahmat pada-NYA.....


well..last but not least....selamat ulang tahun yang ke 25  Noor Aziela Binti Yahya......=)

Wednesday, July 28, 2010

Nantikan kemunculan kisah "Cinta Melankolia".........

Melankolik dan melankolia......tiada beza dari segi maknanya.....aku suka perkataan Melankolik ni.....apa ye melankolik? Melankolik bermaksud sayu, sepi sedih kesunyian.......itu la yg sebenarnya....ada apa disebalik kisah ini?nantikan kemunculan Puisi?Cerpen?Novel?Lagu? yang berjudul Cinta Melankolia.....Tidak terdapat dipasaran........;p

Tuesday, July 20, 2010

MELANKOLIK

**HAK CIPTA TERPELIHARA..DILARANG COPY PASTE PUISI DIBAWAH....HARAP MAKLUM.

MELANKOLIK
 
Masih termenung jauh
Masih terkenang kisah lalu....

Tersedar dari lena
Dari mimpi indah membuai tidur
Berbulan lamanya cuba lupakan
Peristiwa yang meremukkan jiwa

Dahulu kau akui
Kasihmu hanya untuk ku
Dahulu kau akui
Cintamu hanya untuk ku
Tapi hakikatnya kasih dan cintamu pada dia

Ikatan tercipta antara kau dan dia

Kau bohongi aku selama ini
Aku percaya tanpa soal bicara

Hingga waktu
Kisahmu terbongkar
Kau terus tinggal aku terkapai sendirian
Kau pula bahagia bersama dia
Memori kejam kau tinggalkan untuk ku kenang
Namun gembira menanti diakhir hubungan mu dan dia

Aku percaya hukum karma
Roda hidup akan berputar
Masanya akan tiba jua
Satu hari nanti

hak cipta terpelihara: pyot gebuss

Sunday, July 11, 2010

Aku Lega....Rindu Sudah Terubat...

Kicauan burung kedengaran sayup-sayup, hati aku tatkala mencurahkan idea difikiran berasa tenang...setenang hembusan angin meniup dedaun kering di waktu petang yang dingin.

Rindu aku padanya sudah terubat...seseorg yg pernah bertakhta dihati kini kembali..Tidak aku dpt gmbrkan perasaan aku ketika itu..terasa sayu...sedih bila terkenang kembali dugaan yg aku lalui...Aku xtau adakah pertemuan kali pertemuan yg bakal menghitung hari-hari ku....?tapi yang pasti aku perlu bangkit dari kekusutan jiwa yg aku lalui sepanjang hari,minggu,bulan...aku perlu bangkit seperti dahulu....

semangat baru aku kembali..pelbagai perancangan yg bermain difikiran ku.......satu persatu aku akn cuba langsaikan....seperhi hutang kepada diri ku yg selama ini tak pernah aku cuba selesaikan.....Kali ini aku yakin, dugaan yg bakal aku hadapi mungkin lebih berat..namun aku akn terus cuba mempertahankan kasih yg aku miliki.....Semuanya aku lakukan demi ALLAH SWT.

amin amin amin..Ya Allah..kuatkan hati hambaMu ini.....tenangkan hati ku...Berikanlah kekuatan untuk ku meghadapi dugaanMu......Permudahkan lah perjalanan hidupku Ya ALLAH.....Amin Amin Amin...

Tuesday, July 6, 2010

Kenapa Aku Macam Ni?

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan."

kenangan lalu singgah bertubi-tubi. Membuatkan aku rasa terlalu rindu....Ya Allah, kuatkan hatiku Ya Allah....jauhkanlah beban yg berada difikiranku..Sesekali perasaan tu datang, aku tewas xdapat menahan perasaan sunyi dan rindu tu.

Setitik air jatuh ke pipi..Menandakan aku mmg benar2 rindu. Rindu teramat...tapi aku xbole berpatah balik..Banyak perkara yang aku perlu fikirkan..tentang diriku, ttg keluargaku,ttg masa depanku.......

jari2 kontot ku mengesat air2 yg berlinangan dimata. nafas ditarik sedalam-dalamnya....Walaupun perasaan ini hadir cuma sesekali..tp aku harus kuat menahan dan melawan rasa yg terpendam jauh dilubuk sanubariku....aku kena bangkit semula...tinggalkan kenangan2 lama..kuatkan hati aku....apa yang pasti,hidup ini harus diteruskan...sesekali kenangan singgah untuk melawat keadaan aku....aku redha......

semoga dia sihat hendaknya.....aminnnnn

Thursday, June 24, 2010

Novel Pertama Kepunyaan Aku....



Tuhan beri beluncas untuk kita dapat rama-rama yang cantik........

Skrg aku berhenti di muka surat 447...Smlm masa berborak dgn adik aku najwa sebelum dia golek2 atas katil untuk melelapkan mata dia yg sepet tu,aku memegang novel tersebut dan kusyuk membaca disisi dia....kucupan demi kucupan aku terima membuatkan aku meletakkan novel yang aku beli menggunakan duit aku sendiri di sisi katil dan memulakan aktiviti aku menggeletek perut najwa.....terkuku kikik dia ketawa memecah keheningan malam...

wawa : buku tebal ni angah baca?


aku : a'ah.....best wa buku ni......


wawa : tebal sgt la...angah dah sampai no berapa?(maksud dia muka surat)

aku : 447..banyak tak angah baca.....?(pose muka bangga aku sambil mengangkat kening 2 kali)


wawa : banyak...angah ni rajin la baca..angah citer la kat wawa apa angah baca..(sambil menghisap kain nya...ni mmg tabiat dia sebelum tidur....hujung sapu tangan dia abis lenjun dgn air liur dia dok isap sambil gentel2 hujung hidung dia...)


aku : ala..wawa budak kecik..kalu angah citer bukan wawa paham pon...ni citer org besar2...kdg2 sedih.....(mata aku masih ralit membaca setiap baris ayat didlm buku sambil dihujung 2 pembacaan aku tergelak kecil...(tgh part mami kwan pengsan bila dgr alfian ada bini lain..serius lawak part ni))


Buku aku letakkan disisi katil...aku bangkit dan menyemak kertas-kertas peperiksaan najwa..bijak budak ni.hati aku terdetik..markah dia paling rendah 88%....yang lain semua 90% keatas...Najwa baru berusia 7thn. murid tahun 1 di Sekolah Convent Kajang, Selangor. Dari umur dia 5thn, kepintaran dia terserlah..dia bijak berkata-kata..suka membaca buku dan melukis....aktiviti yang kanak2 lain turut gemar melakukan selain bermain kejar-kejar..Najwa anak bongsu dlm keluarga yang diketuai oleh Pakya..
---------

Sehelai kertas keras bersaiz a3 yang berlipat aku buka. Lukisan yang bertajuk "saya dan kawan" ..ada tanda garis  pen merah sepanjang 1 inci pada tengah-tengah lukisan tersebut. Juga terdapat 1 bulatan yang diconteng menggunakan pen merah yang sama dan ditengah-tengah bulatan tersebut ada huruf A..

Lukisannya walaupun simple, tapi ada penceritaan disebaliknya..sebelum wawa melelapkan mata, aku ada bertanya pada wawa prihal lukisan tersebut...

Aku: wawa, cuba cerita kat angah apa wawa lukis ni...(sambil menunjukkan lukisan tersebut)

Wawa: oh...ni kawan wawa..nama dia famisha....ni adik famisha...yang main gelongsor ni kawan wawa jugak. nama dia jasmine..

Aku : hehehehe....nape gelongsor wawa mcm ni...kelakar la...tp cantik..pandai adik angah lukis....

keadaan wawa ketika itu tersengeh2 busuk..sambil menonyoh puting botol susu dimulutnya.....



Tuesday, June 22, 2010

Memalsukan kebenaran dihati....


Nafas ditarik sedalam-dalamnya..hembusan angin perlahan2 keluar dari celahan hidung menghembuskan 1001 kelegaan barangkali. Raut wajah si dia hadir lebih kerap ketika ini dibenak fikiran ku. Apakah yg cuba disampaikan oleh hati ni?adakah perasaan yg sudah sekian lama terbuku kembali memantulkan diri? adakah perasaan ini benar2 ikhlas hadir atau cuma singgah sebentar menjenguk keadaan diri ku?.....wah, persis rama-rama yg singgah sementara mungkin,hanya menyinari hari-hari ku yg kurang bersinar kebelakangan ini..

Jari-jemari masih menitip laju memuntahkan bermacam-macam luahan yang terbuku di hati. 10 thn lalu, mungkin cara aku memuntahkan luahan di benak fikiran melalui mata pena tajam bersaiz 0.7..itu cerita 10 thn lalu..ketika usiaku baru mencecah15 thn. Ya, aku berada di tingkatan 3 ketika itu. Sedang bersiap sedia menghadapi peperiksaan PMR. Waktu itu, aku tidak seperti skrg....tidak langsung menjangka kehidupan yg serba begini. Dilimpahi pelbagai ujian. Tidak pernah aku bayangkan sama sekali..Ngeri untuk aku mengingat tiap detik perasaan di lukai terus terusan...Sakit, perit.....tidak dapat digambarkan.

Jarum jam berdetik tiap saat, tidak pernah berhenti kecuali jika bateri kehabisan. Masa berlalu begitu pantas meninggalkan kisah hidup yg semakin dilupai orang orang. Kisah terjadi berlalu menjadi kenangan. Pahit?Manis? kenapa tidak kenangan dalam bentuk masam ataupun masin? aku cuba mencari kesinambungan dari kenangan yang aku lalui...aku cuba memalsukan kebenaran dihati dengan mengatakan kenangan yang aku lalui adalah kenangan masin bersama sidia....masin  ya..masin......tidak manis dan tidak juga pahit..kenangan aku di tgh2...diantara pahit dan manis....Bukan kah kedudukan rasa masin didalam lidah itu terletak diantara rasa manis dan  pahit?logik bukan jika aku mengatakan kenangan aku masin ...?

Sekali lagi cubaan untuk memalsukan kebenaran hati bermula. Aku cuba mendiamkan diri seketika. Melihat dan merasa sesuatu yang berlaku. Pedih rasanya.kadang2 tidak la pedih sgt. rasanya seperti alkali. PH5.5...eh bukan barangkali perkataan yang lebih sesuai ialah neutral....aku keliru, keliru dgn keputusan seseorg...ditepuk rasa hati, tapi masih tidak mengerti perasaan yang hadir ketika ini. ditepuk berulang kali, terasa sesuatu pula......sakit..sakit kerana ditepuk berulang kali..

kenapa sesetengah org tidak berani berkata benar?kenapa masih ada sesetengah org yg memalsukan kebenaran?kenapa?kenapa?takut?risikonya tinggi bukan.Barangkali,akan ada hati lain yg terluka? satu persatu tanda soal yang muncul "pop" di kotak fikiran ku satu persatu. Ada org berani mengambil risiko..kenapa?kerana mereka orgnya tidak pernah berasa putus asa. Biar apa pun yg berlaku, org itu akan tetap cuba untuk tempuh jua. Walau akhir nanti akan ada hati yg sakit, org itu tetap bersedia. Mungkin barangkali org itu lebih sukakan cabaran dalam hidupnya. Sekurang-kurangnya dia mencuba..berikan tepukan gemuruh diatas keberaniannya....ayuh!....pap pap pap pap.....

---------

Lenggokan suara Anuar Zain menyanyikan lagu ketulusan hati, mengganggu laluan rasa hati aku ketika ini. Muntah fikiran ku seperti terpotong dan tersekat. Aku tidak dapat menghabiskan ayat-ayat terakhir aku. Barangkali entry ini akan bersambung ke episod lain.. Benarkan aku untuk beradu. Tidak sanggup aku memalsukan kebenaran yang aku sedang keletihan ketika ini...nantikan kemunculan coretan ku di episod lain. Buat pembaca-pembaca yg mungkin benci diri ku...nah aku hadiahkan lagu untuk anda....(sila nyanyikan dalam irama lagu Selamat Malam nyanyian Faizal Tahir)

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah pembaca blog ku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah
pembaca blog ku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam
pembaca blog ku
Selamat malam kasih
Selamat malam
pembaca blog ku
Woooo...

Selamat malam
pembaca blog ku
Selamat malam kasih
Selamat malam
pembaca blog ku
Woooo...
Tidurlah
pembaca blog ku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah
pembaca blog ku




 

 

Saturday, June 19, 2010

Wedding Along Saya (Episod ke2)

Aku cuba mencari mood sebentar tadi untuk menyambung kembali entry Wedding Along Saya. Skrg posisi aku ms tgh menulis entry ni, aku duduk bersebelahan dengan adik aku Najwa, sambil melayan dia melukis gambar seekor kucing...mari ikuti perbualan kami...hikhik

wawa: angah, mcm mana nk lukis kucing?wawa lupa la..

aku: lukis la muka..lukis tangan, pastu lukis kaki dia...(berckp tanpa menoleh pon ke arah dia..sebab time tu aku tgh kusyuk main fesbuk)

wawa: angah..wawa dh lukis....(sambil menunjukkan hasil lukisan dia yg agak melucukan tu)

korg nak tau apa yg dia lukis?td adik aku kata nk lukis kucing...tp sbnrnye dia lukis aku siap pegang handbeg...aku mula konfius aku ni kucing ke?hahahahaha...

ni la adik aku wawa a.k.a najwa

ok berbalik pd tajuk entry ni..last entry aku ada bgtau nk sambung apa yg terjadi selepas majlis akad nikah kan? lepas je abis majlis akad nikah..family semua berkumpul utk bergambar kenangan bersama along dan suaminya..tp time tu aku xde,sebab aku dgn anak pakya no4 keluar g amik seseorg balik sekolah..maklumlah 4hb hari terakhir persekolahan kan...jadinya aku ngn anak pakya no4 tak sempat la merakam memori indah bersama along ngn suaminya menggunakan khidmat juru photo profesional mlm tu..~sob sob~...
xtau la aku sapa yg candid ni...

along dan suami

selesai photoshoot dgn juruphoto profesional, aku ngn anak pakya no4 pon sampai la umah..semua tgh lepak2 sambil bercerita keseronokan hari tersebut..aku terus naik tgk along, mak andam along yg dari butik Ros MZ kajang pon dh sampai utk make over along. Malam tu ada 3 persalinan yang dia bawak dari butik utk digayakan ke tubuh along. Cantik bajunya....utk persalinan pertama, baju berwarna purple dan berkain batik disarungkan ke tubuh akak aku yg montok itu. sanggul sebesar taik lembu di bentukkan atas kepala akak aku..walaupon rupanya agak melucukan tapi aku rasa cantik...sebab rupa akak aku selepas di make over persis gadis jawa yg tersesat di kota kajang..hehehehe.....
along dgn mak andamnya.

along di 'make over'

taraaaa....hasil kerja tgn amy si tukang make up



chantek ke u'olls?

bunga citra amy?
persalinan puteri jawa



selesai mengenakan persalinan pertama yg dibawa amy, si mak andam yg kiut miut tu..along mengenakan persalinan ke 2nya..Kali ni lagaknya seperti puteri gunung ledang yg meletakkan syarat 7 dulang hati nyamuk untuk dicicah bersama roti bom..hahahaha..ops..itu aku mengarut okay...





Selesai persalinan kedua..berpeluh beb..tp muka along ttp maintain...padahal bru 2 persalinan rungutan penat dh keluar dr mulut kteorg..aku pon turut la merasa bahangnya naik turun naik turun tangga...lg pulak mlm tu aku yg jd tukang amik gmbrnya.....mmg le agak memenatkan..tp seronok jugak..Persalinan ketiga merupakan fesyen dari bollywood...along di make over menjadi kareena kapoor....sari berwarna pink beserta aksesori digayakan sekali mlm tu bagi menaikkan seri along dgn wataknya sebagai kareena kapoor mlm tu..mulanya baju di sarungkan..along ckp ketat la..tp aku tgk ok je...asal bole butang ok la kan?hahahaha..nk diet dh xsempat so sarung sajalah jgn byk bunyi okay!...







kalau nk ikutkan ada byk lg gambar nk upload..tp memandangkan cerekarama yg sedang ditayangkan kt tv skrg ni lg best n jari jemari kontot aku ni pon dh naik lengoh menaip dan mengedit..so aku stop sampai sini saja okay?sambungan wedding along saya episod ke3 akan muncul lagi..akan dtg aku nk share cerita masa berlangsungnya majlis persandingan along pada 5hb Jun 2010 di sekitar rumah aku...so dengan ini diumumkan penutupan chapter ke 2..(nada seperti pengumuman norman hakim menutup secara rasmi akademi fantasia musim ke8) poyo je aku ni kan?hahahaha...







Thursday, June 17, 2010

Wedding Along saya....(episod pertama)

Hampir 2 minggu sudah berlalu kenduri along aku. Semuanya berjalan dgn lancar pada tarikh 4 Jun (majlis akad nikah), 5 jun (majlis persandingan pihak perempuan), 6 Jun (majlis persandingan pihak lelaki). Penat rupanya nak uruskan ahli keluarga kawin. Mujur la sedara mara dari kampung mai dtg tolong apa2 yg patut...

Majlis akad nikah buat lepas asar..Tok kadi mai lmbt sket....

aksi2 along masa tgh tggu tok kadi mai..


tgh menanti kehadiran tok kadi....dug dag dug dag jantung abg ipar..hehehe


Jam 5 lebih(xigt la specific time), tok kadi pon mai la umah..rupanya tok kadi tu berseloroh cukup kuat..smpi skrg tiap bait butir bicaranya kitorg seisi keluarga igt..lawak sungguh...antaranya:-

tok kadi: "....kalau isteri boleh bersabar hilang hidung sabar, sabar la..hilang tangan sebelah boleh sabar, sabar lah..hilang semua anggota bole sabar, sabar la...kalau tak sabar bayar 10hinggit je kat pejabat agama buat la aduan.."
 ------------------
tok kadi: ..mana bapak pengantin lelaki?

pengantin lelaki : ini ustad..

Tok kadi : panjang janggut bapaknya...haa isteri kena pandai ambik hati mertua..ada minyak?

pengantin pompuan: haa?(confius)

tok kadi: kalau ada boleh la tolong urut janggut bapaknya.....

tazkirah dari tok kadi sebelum akad..


"Aku nikah kan dikau dgn Noor Raimy binti Yahya dengan mas kahwinnya..."


Kteorg 1 umah pecah perut gak la dgr ayat2 tok kadi tu..slumber je muka dia cerita..tp tiap benda yg keluar dr mulut tok kadi ptg tu semuanya berisi n berguna...dakwah dlm melawak org kata kan..Akad nikah pon bermula, 2kali lafaz along dh jadi bini org...aku curi2 tgk muka along..kot2 la ada air jernih menitik ke kt muka dia..tp hampeh....at last mata aku plak berair..hehehe...gugurnya air mata aku kerana gembira akad nikah selesai n akak aku sah jadi isteri kepada Abdul Ashraff...Alhamdulillah...


 Selesai upacara akad nikah. Bacaan janji2 seorg suami kepada isterinya dibaca di depan saksi2 yg dok ada kt umah aku time tu (halamak...aku xigt la apa nama bacaan tu...). Nerves aku dgr..tp aku tgk along time tu mcm rileks je.....xtau la kalu2 dia buat2 rileks ke ape ke kan? lepas bacaan tu, upacara menyerahkan mas kahwin yg dihias indah dan juga barangan kemas sebagai hadiah utk sang isteri daripada si suami.....alahai romantiknya (pose mata kedip-kedip)....



penyerahan mas kahwin yang bernilai RM 300 tunai...

upacara pembatalan air sembahyang



 
ibu mertuaku
ciuman dari mama setelah along bergelar isteri

muka gatal setelah dinikah kan.....
entiti hitam tersebut ialah mak andam..(kalau la entiti tersebut xde..gempak gmbr ni)

berakhirlah majlis pernikahan along dgn suaminya. Tapi x abis setakat tu je. Malam selepas majlis akad nikah along di make up dan di pakai 3 baju persalinan yg pelik2 sket..Mak andam yg ditugaskan me make up along mmg menjalankan tugasnya dgn penuh pro..abis cun la along mlm tu dikerjakan oleh mak andam brunei yg bernama amy..

nak tau cerita apa terjadi mlm selepas majlis akad nikah n bagaimana rupa along selepas di make over?haa...nntikan di episod ke-2 ye sbb skrg aku dh naik kebas menaip n mengupload gmbr2 ni...hehehe...insyaAllah dlm ms terdekat aku update episod ke2 plak ye...iaitu cerita pasal mlm selepas diakad nikah..(ayiak....kalu dh mlm then lepas akad nikah apa lagi kawan2..hehehehe..ok la saya mau close chapter 1 dulu..bye bye..sehingga ketemu lagi... (^_^)