29 September 2009, terlahirnya seorg anak kecil ke bumi Allah. Bayi lelaki seberat 2.8kg keluar dari rahim ibunya menjenguk dunia. Terdengar suara tangisan anak kecil itu sambil mata mengerling2 ke kiri dan kekanan. Barangkali mencari susu ibunya. Namun, suara teriakannya masih terdengar memecah keheningan pagi di klinik bersalin. puting ibunya tidak dpt dinyonyot, Jari kecilnya menjadi ganti.Suara tangisan anak kecil itu tidak lagi kedengaran selepas itu.
Lahir secara rahsia...dibesarkan juga secara rahsia.Anak kecil itu ibarat kain putih. Tidak mengerti apa2. Hari berganti hari, bulan berganti bulan....Anak kecil itu yg dipanggil Danial membesar dan terus membesar..Wajahnya comel,berkulit putih.Kening lebat,rambut pon lebat...Lincah dan sering bermain sendirian. diusia 10bulan anak kecil itu sudah mula mengatur langkah,mengimbang diri sendiri.
Tumbesaran danial masih menjadi rahsia. Sehingga la danial berusia 1thn 1minggu.
Tanggal 12 October 2010,
Anak kecil bernama danial,tidak lagi bernyawa. Terbaring kaku disisi ibu kandungnya. Malaikat Jibril mencabut nyawanya ketika danial sedang tidur disebelah ibunya. Hanya tangisan dari ibunya yg kedengaran pd malam itu. Menyesal kerana membela danial secara rahsia. Menyesal kerana dosa2 yang dilakukan sehingga terlahirlah danial kemuka bumi..
Telefon dicapai,lantas menghubungi bapa kepada danial. Hanya tangisan yang kedengaran. Mereka menangis semahu-mahunya. Walaupun anak kecil itu lahir tanpa ikatan, kasih syg mereka terhadap anak itu sgt2 besar. Walau mereka tidak duduk sebumbung, makan pakai anak kecil itu terjaga.
Ya Allah...Engkau maha mengetahui. Engkau mengambil nyawa Danial untuk menyedarkan ibu bapanya. Tempat yang pasti untuk Danial diakhirat kelak...Syurga yang Engkau janjikan..
Ya Allah...Musibah yang Engkau turunkan menyedarkan aku....Ampunkan segala dosa-dosa ku Ya Allah. Ampunkan Segala dosa-dosa kedua ibu bapa Danial ya Allah. Berikan mereka kesedaran yang berpanjangan Ya Allah.....Engkau maha Mengetahui dan maha Mengerti..Amin...Amin..Amin...
Ahmad Danial Fitriey dalam kenangan...
29/9/2009 - 12/10/2010
Al-Fatihah...
No comments:
Post a Comment