Tuesday, June 22, 2010

Memalsukan kebenaran dihati....


Nafas ditarik sedalam-dalamnya..hembusan angin perlahan2 keluar dari celahan hidung menghembuskan 1001 kelegaan barangkali. Raut wajah si dia hadir lebih kerap ketika ini dibenak fikiran ku. Apakah yg cuba disampaikan oleh hati ni?adakah perasaan yg sudah sekian lama terbuku kembali memantulkan diri? adakah perasaan ini benar2 ikhlas hadir atau cuma singgah sebentar menjenguk keadaan diri ku?.....wah, persis rama-rama yg singgah sementara mungkin,hanya menyinari hari-hari ku yg kurang bersinar kebelakangan ini..

Jari-jemari masih menitip laju memuntahkan bermacam-macam luahan yang terbuku di hati. 10 thn lalu, mungkin cara aku memuntahkan luahan di benak fikiran melalui mata pena tajam bersaiz 0.7..itu cerita 10 thn lalu..ketika usiaku baru mencecah15 thn. Ya, aku berada di tingkatan 3 ketika itu. Sedang bersiap sedia menghadapi peperiksaan PMR. Waktu itu, aku tidak seperti skrg....tidak langsung menjangka kehidupan yg serba begini. Dilimpahi pelbagai ujian. Tidak pernah aku bayangkan sama sekali..Ngeri untuk aku mengingat tiap detik perasaan di lukai terus terusan...Sakit, perit.....tidak dapat digambarkan.

Jarum jam berdetik tiap saat, tidak pernah berhenti kecuali jika bateri kehabisan. Masa berlalu begitu pantas meninggalkan kisah hidup yg semakin dilupai orang orang. Kisah terjadi berlalu menjadi kenangan. Pahit?Manis? kenapa tidak kenangan dalam bentuk masam ataupun masin? aku cuba mencari kesinambungan dari kenangan yang aku lalui...aku cuba memalsukan kebenaran dihati dengan mengatakan kenangan yang aku lalui adalah kenangan masin bersama sidia....masin  ya..masin......tidak manis dan tidak juga pahit..kenangan aku di tgh2...diantara pahit dan manis....Bukan kah kedudukan rasa masin didalam lidah itu terletak diantara rasa manis dan  pahit?logik bukan jika aku mengatakan kenangan aku masin ...?

Sekali lagi cubaan untuk memalsukan kebenaran hati bermula. Aku cuba mendiamkan diri seketika. Melihat dan merasa sesuatu yang berlaku. Pedih rasanya.kadang2 tidak la pedih sgt. rasanya seperti alkali. PH5.5...eh bukan barangkali perkataan yang lebih sesuai ialah neutral....aku keliru, keliru dgn keputusan seseorg...ditepuk rasa hati, tapi masih tidak mengerti perasaan yang hadir ketika ini. ditepuk berulang kali, terasa sesuatu pula......sakit..sakit kerana ditepuk berulang kali..

kenapa sesetengah org tidak berani berkata benar?kenapa masih ada sesetengah org yg memalsukan kebenaran?kenapa?kenapa?takut?risikonya tinggi bukan.Barangkali,akan ada hati lain yg terluka? satu persatu tanda soal yang muncul "pop" di kotak fikiran ku satu persatu. Ada org berani mengambil risiko..kenapa?kerana mereka orgnya tidak pernah berasa putus asa. Biar apa pun yg berlaku, org itu akan tetap cuba untuk tempuh jua. Walau akhir nanti akan ada hati yg sakit, org itu tetap bersedia. Mungkin barangkali org itu lebih sukakan cabaran dalam hidupnya. Sekurang-kurangnya dia mencuba..berikan tepukan gemuruh diatas keberaniannya....ayuh!....pap pap pap pap.....

---------

Lenggokan suara Anuar Zain menyanyikan lagu ketulusan hati, mengganggu laluan rasa hati aku ketika ini. Muntah fikiran ku seperti terpotong dan tersekat. Aku tidak dapat menghabiskan ayat-ayat terakhir aku. Barangkali entry ini akan bersambung ke episod lain.. Benarkan aku untuk beradu. Tidak sanggup aku memalsukan kebenaran yang aku sedang keletihan ketika ini...nantikan kemunculan coretan ku di episod lain. Buat pembaca-pembaca yg mungkin benci diri ku...nah aku hadiahkan lagu untuk anda....(sila nyanyikan dalam irama lagu Selamat Malam nyanyian Faizal Tahir)

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah pembaca blog ku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah
pembaca blog ku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam
pembaca blog ku
Selamat malam kasih
Selamat malam
pembaca blog ku
Woooo...

Selamat malam
pembaca blog ku
Selamat malam kasih
Selamat malam
pembaca blog ku
Woooo...
Tidurlah
pembaca blog ku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah
pembaca blog ku




 

 

2 comments:

Arash Libra said...

motip nak suh pembaca blog tdo..kan..sentap..ha3

Noor Aziela said...

hahahaha....alahai....xbaik tdo lambat2..nnti mata bengkak..esk tertido plak kt opis...hehehehe...

p/s: harap maklum, entry ini tiada kaitan dgn sesiapa pun.juga tiada kaitan ngn aku.saja aku test bakat aku utk menulis menggunakan bahasa sanskrit..hahaha...