Wednesday, August 18, 2010

LASAGNIA AYAM

JOM MASAK-MASAK...



LASAGNIA AYAM






 



 





- kepingan pasta lasagnia (direbus & disejukkan)


- cheese powder 








Bahan-bahan untuk sos bolgonis








Daging kisar/daging burger 4 keping dilenyekkan.


1 biji bawang besar (dipotong dadu)


1 biji tomato (dipotong dadu)


3 ulas bawang putih (dipotong dadu)


cendawan butang dipotong dadu


sos cili


3 sudu tomato puri


4 sudu cili boh


garam dan gula secukup rasa




Bahan-bahan untuk sos putih







Susu segar


3 sudu tepung gandum


¼ cawan mentega


serbuk lada hitam


garam secukup rasa




CARA-CARA 


SoS Bolgonis Daging



1) Panaskan kuali. Tuangkan sedikit minyak kedalam kuali








2) Tumis bawang putih, kemudian masukkan cili boh,tomato puri,sos cili. Tumis sehingga naik bau.








3) Masukkan daging kisar. Gaul sehingga sebati kemudian masukkan bawang besar,cendawan dan tomato yang dipotong dadu.







4) kacau sehingga kering dan sebati. Akhir sekali masukkan garam+gula secukup rasa.


5) Alihkan sos bolgonis ayam kedalam mangkuk dan biar sejuk.










Sos Putih



1) Panaskan kuali. Cairkan mentega







2) Masukkan 3 sudu tepung gandum. Kacau sehingga sebati dan warna menjadi kekuningan.







3) Masukkan susu segar. Kacau sehingga menjadi pekat.










4) Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa








5) Alihkan sos putih kedalam mangkuk dan sejukkan










a) Susun kepingan lasagnia kedalam loyang 1 per 1







b) Tindihkan kepingan lasagnia dengan sos bolgonis daging dan ratakan.







c) Sapukan sos putih bertindih sos bolgonis dan ratakan.







d) Tabur serbuk cheese rata ke dlm loyang









**ulang langkah a.b.c.d sehingga loyang penuh.




Bakar kedalam oven pada suhu 200 darjah celcius selama 20minit

2 comments:

MiYOKO SuKi said...

sedapnyeee...nk try wat....

harriS said...

buat la cepat..aku nk mkn..