Monday, October 18, 2010

Untuk seseorg yang sedang cuba menjatuhkan aku......

SEDIKIT PERKONGSIAN UNTUK RENUNGAN.


Hasad atau dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu (Hidayatus Salikin 206). 

Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. 

Rasulullah bersabda bermaksud: "Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” (Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah Riadus Salihin 4:1441) 

Menurut Imam Al-Ghazali, dengki itu ada tiga macam: 

Pertama menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.

Kedua, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama. 

Ketiga, tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.



***entry ini ditujukan kpd seseorg yg tgh berusaha untuk menjatuhkan aku...yg tengah berhempas pulas mencari salah aku...yg sedang sedaya upaya memburuk2kan aku dan menyampaikan kpd seseorg yg aku sayangi......bertaubat la wey...semoga Allah SWT membuka pintu hati kau. Amin....***

No comments: