Sunday, September 19, 2010

Kenapa Aku Tulis Blog?

Tepat jam 9.30mlm, suasana begitu sunyi. Hanya kedengaran bunyi kipas siling berputar pada tahap sederhana. Malam ini tiada lagi kedengaran suara tangisan anak kecik disebalik tingkap. Barangkali anak kecil itu sedang disuap nestum oleh ibunya. Aku ketika ini sedang duduk di penjuru katil. Meriba komputer riba jenama ACER Aspire One berwarna merah. Sambil menyandar dibalik tembok berwarna pink, jari jemari menyusun atur ayat2 yang akan dilontarkan melalui salur darah dan saraf dari bahagian otak ke hujung jemari aku.

Bersastera aku malam ini ye? berbalik kepada tajuk entri aku malam ini. Kenapa aku tulis Blog? Adakah kerana aku inginkan populariti?Oh tidak......sama sekali tidak. Ini medium tempat aku berkarya. Tempat aku
melalut,merapu, tempat aku melepaskan rasa gelojak di jiwa dan fikiran. Aku orgnya bukan la mudah berkata2. Mulut ku amat berat kerana ada sebutir mutiara asli didalamnya. Aku orgnya jarang bercakap. (mungkin sesetengah akan ketawa bila aku sebut aku orgnya jarang bercakap...)

tapi hakikatnya...itu la sebenarnya aku. Konsepnya....aku lebih suka melihat dari bertutur, lebih suka mendengar dari berbicara..

Jadi secara ringkasnya..kenapa aku menulis Blog?dan jawapannya adalah..."AKU PUNYA SUKA LA"


sudah  sudah,tutup pc anda dan pegi bentang sejadah, baca Al-quran....lagi dapat pahala dari baca blog aku ni.....

3 comments:

Arash Libra said...

tiber ada sore anak kecil..yg adooo

Noor Aziela said...

biasalah nok.....dok berjiran cmni la......suara anak kecil la...suara kuntilanak la.....umah ko ado?

hikari_mizu said...

hehehe :D menarik :D i'm new here :D sudi tak follow saya dan komen untuk perbaiki tulisan saya dan bertukar pendapat :D tQ

htp://cahayair.blogspot.com
tQ