Sunday, May 30, 2010

final touch up for pre wedding picture amy&ashraff (my sister & my brother in law)

smlm aku mengadap pc untuk editing dekat 4jam....naik kebas punggong....hari ni dh bole buat printing....kekeringan idea dan kekusutan dijiwa tak menghalang aku untuk berkarya (aiceh.. ^ _ ~)......as usual..aku mmg akan tertarik dgn candid picture sebab aksi candid dlm gambar adalah yg paling ikhlas dan jujur....bile tgk gambar satu persatu....ada cerita and bile cerita itu sampai di gelombang otak kiri dan kanan dan seterusnya ke medula oblongata..hasilnya gelombang gembira akan sampai ke reaksi muka sipenengok gambar....maka terhasil la sebuah senyuman ikhlas yg tiada paksaan.....n im happy for it...serius! ^_^

n for bilik pengantin...dis picture will be put on the wall...(spt lagu... ♪♫♫ .....and u stick like a poster on my wall... ♪♫♫)
 this picture will be the main photo in their bedroom

side kiri..

 side kanan


and hari ni..bersamaan ari ahad..aku keseorangan tinggal di rumah ditemani si mey mey(kucing).....aktiviti suri rumah adalah peneman aku di hari ini...wahh...kakak mau praktis juga...so insyaAllah..kalu ada kelapangan....gambar2 bilik pengantin akan di upload selepas ini......so chow dulu...bye bye...^_^

Saturday, May 29, 2010

10 Tanda Kekasih Cemburu Buta --->menjengkelkan lar....



Sikap cemburu memang ada baik dan buruknya di dalam sesebuah perhubungan cinta. Jika langsung tiada cemburu, pasti hubungan yang terjalin terasa hambar, tidak mencabar dan tidak berseri.



Namun jika cemburu keterlaluan, hubungan yang terbina pula pastinya penuh dengan tekanan dan ketidakselesaan. Sebaiknya di dalam hubungan cinta, kamu dan pasangan perlu bijak menangani perasaan cemburu masing-masing.

Jangan sampai dilabel sebagai kekasih yang terlalu cemburu buta oleh si dia. Lebih teruk jika rakan-rakan si dia juga tidak menyukai dengan sikapmu itu dan menjauhkan diri apabila kamu berada di samping mereka.

Oleh itu, jangan sekali-kali menjadi hamba cemburu. Cuba teliti dan selidiki diri kamu, sama ada kamu mempunyai 10 tanda orang yang terlalu cemburu buta. Jika ada, segera kikisnya dan jadilah keksih yang prihatin, memahami dan bertolak ansur.

1. Emosi keterlaluan
Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).

2. Suka menuduh
Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Keadaan berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan. Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain, bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat.

3. Mencari kesalahan
Sikap cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling menjengkelkan, si dia cuba mencari kesalahan anda.

4. Ugut bunuh diri
Ucapan ‘bunuh diri’ sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda memutuskan mahu meninggalkannya.

5. Selalu mahu 'berkepit'
Setiap masa, si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu.

6. Anti sosial
Tidak dinafikan, anda seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya.

7. Jadi polis
Sekiranya terdapat tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa.

8. Prasangka negatif
Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.

9. Takut dipermainkan
Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.

10. Anti bunyi telefon
Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.


sumber dari:  http://www.gua.com.my/LoveRelationship/LoveLifeSexDetail.aspx?ArticleID=4208

‘menuju alam perkahwinan’

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan -jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K‘ diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu “Kenal“, “Kelas“, “Kufu“, “Kasih” dan akhir sekali “Kahwin“.. KENAL
Kita disuruh kenal/ta’ruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata-mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah disuruh dan dicari orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya. Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.

“Apakah kamu kenal lelaki ini?” tanya Omar
“Ya, saya kenal,” jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi…
“Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?”

Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi “Pernahkah kamu bermu’amalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan-kawannya” Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya. . Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya… .
Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK-ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara.

KELAS
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa ‘alert’, sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat ‘MEMBINA’ untuk menjaga akhlak dalam Islam.

KUFU
Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur. Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.

KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis:-

“Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan
perkahwinan”
Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat
Islam.

Rasulullah memberitahu: –

“Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu”

Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat ” Orang orang yang benar-benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki” Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga. Hadis Nabi ada menyatakan:-

“Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunannya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya.”

Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasakkan dengan betul. InsyaAllah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.

REDHA
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya,
Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur
kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dengan pasangan
bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka.

“Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya” Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur :ayat 26:-

“Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik

Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang. Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ….Begitu juga sebaliknya masalah berlaku Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti “AKU UBAHLAH PERANGAINYA” .. Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk. Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga….

Wednesday, May 26, 2010

tahniah...

Dear seseorg...

Tahniah diucapkan kerana berjaya memadamkan memori, talian persahabatan dan segala2nya yg berkaitan antara kita sepanjang 3thn ni.....

Tahniah juga diucapkan  atas tindakan anda yg berjaya memberi aku kesedaran sivik dan membuka mata untuk aku melihat realiti dunia dan kisah benar sebuah kehidupan..

Tahniah juga diucapkan kerana atas tindakan anda yg telah membuat aku menjadi seorg yang lebih berani untuk membuat keputusan....

Tahniah juga diucapkan kerana telah mengajar aku bahawa cinta bukan lah segala-galanya untuk mengakhiri sesuatu perhubungan.....

and last but not least...

Alhamdulillah......aku sentiasa bersyukur dgn apa yang aku ada...dan aku bersyukur kerana diberi ujian ini oleh Allah SWT.. 

Aku sentiasa berdoa semoga engkau memperoleh kebahagian yang engkau inginkan...

Sunday, May 23, 2010

Rocket by Yuna ---> siap guitar chord


 


D
You’re like a rocket in my mind
F#
That’s waiting to define everything about me no one knew
G
And you stick like a poster on my wall
Gm
As if you dont wanna move

D
I got no money in my pocket
F#
Nobody to rock with but you
G
But you know me I don’t seem to roll
Gm
Somehow we managed to get through

A
People come and people go
Em
And people gonna come some more
A
They pick a fight
A
But it’s alright
Em A
At least I get to see you tonight
Em A
Tonight

**CHORUS
D F# G Gm
I can’t believe we almost got famous for nothing baby
D F# G Gm
You came the last minute of — to save me
D F# G Gm
I can’t believe we almost got paid for nothing baby
Em A
Cause even if they go away
Em A
I got the feeling that you’re gonna stay

D
It’s like I’m picking up a miracle off the sidewalk
F#
Like kitten in the box
G
Don’t contemplate yourself, you say
Gm
Cause you’re all you’ve got
D
I’m a — and pathetic
F#
At the same time unlike you
G
Baby you’ve got no move
Gm
And you think I’m good at what I do

A
People come and people go
Em
And people gonna come some more
A
They pick a fight,But it's alright
Em A
At least I have you home tonight
Em A
Tonight

*CHORUS*
D F# G Gm
I can’t believe we almost got famous for nothing baby
D F# G Gm
You came the last minute of — to save me
D F# G Gm
I can’t believe we almost got paid for nothing baby
Em A
Cause even if they go away
Em A
I got the feeling that you’re gonna stay

D
You’re like a rocket in my mind
F#
Waiting to define everything about me
D
You’re like a poster on my wall
F#
Sticking, don’t wanna fall As if you dont wanna move

*CHORUS
D F# G Gm
I can’t believe we almost got famous for nothing baby
D F# G Gm
You came the last minute of — to save me
D F# G Gm
I can’t believe we almost got paid for nothing baby
Em A
Cause even if they go away
Em A
I got the feeling that you’re gonna stay

D F# ending D..
You’re like a rocket in my mind 4x
You’re like a poster on my wall 4x



HONEY BEE from ZEE AVI

 
I am a honey bee,
Shut out from the colony.
And they won't let me in,
So, I left the hive.
They took away all my stripes,
And broke off both my wings.

So I'll find another tree,
And make the wind my friend.
I'll just sing with the birds,
They'll tell me the secrets of the world.

But my other honey bee,
Is stuck where he doesn't wanna be.
But my darling honey bee,
I'll come save you even if it means,
I'd have to face the queen.

Ba da ba da da dum,
Ba ba ba da da da dum.

So, I'll come prepared,
My new friends say they will help me,
Get my loved one back.
They say it isn't right,
The bee's have control of your mind,
And I choose not to believe them.

So we'll meet in the darkness of the night,
And I promise I will be there on time.
We'll be guilded by my new friends the butterflys,
Bring us back to our own little hive.

Oh, my darling honey bee,
No longer stuck where he doesn't wanna be.
Oh, my darling honey bee,
I have saved you and now that you're with me,
We can make our honey.

Ba da da ba dum bum,
Ba da ba da da da dum.

Saturday, May 22, 2010

Simple Pre-Wedding untuk Ashraf & Amy

Hola everybody.....

seperti yg telah dijanjikan sebelum ini..nampak gayanya editing pre-wedding dh siap untuk tatapan kwn2 disini..Lokasi Pre-Wedding di sekitar taman perumahan Taman Sutera, Kajang. Konsep santai dan relax dipilih untuk event kali ni.....

mari layan gambar2 yg diambil..

Amy


Ashraf






Thursday, May 20, 2010

Wahai wanita...sila amik cerita ini sebagai pengajaran..


Holla everybody...

sekarang waktu lunch break..Aku baru lepas baca kes2 terkini di internet.
Search punye search cerita terbaru,tiba2 mata tertangkap heading "CURANG"
..oh oh oh..menarik dah tertarik lalu aku meng"copy & paste" kes2 tersebut
disini untuk pengajaran kita bersama..


SOALAN
SAYA suami berumur 32 tahun dan berkahwin tujuh tahun lalu.
Isteri saya berumur 30 tahun dan kami dikurniakan empat anak yang comel dan sihat.

Saya bekerja di syarikat multinasional dan isteri pula di sektor perbankan.
Saya dan isteri tiada masalah, cuma sekali sekala kami bergaduh dan bermasam
muka, tetapi hanya sementara, paling lama pun hanya satu hari dan kami akan
berbaik semula. ---> (Normal la tu..sedangkan lidah lagi tergigit)

Kedudukan kewangan kami kukuh dan boleh dikatakan kami sekeluarga hidup mewah.
Masalah di sini bermula apabila saya mengenali seorang gadis yang kebetulan
menelefon saya berkaitan kerja. Saya namakan dia A. --> (dia dh start dah!)

Umur A baru 20 tahun dan hubungan kami sampai ke tahap di mana A sedia
melakukan hubungan seks dengan saya. A benar-benar sayang dan mencintai saya
serta sanggup menjadi isteri kedua. Saya keliru dan seronok dengan pengakuan
ikhlas A, tetapi niat saya pada awalnya sekadar menjadikan A teman berbual. Tidak sangka pula melarat hingga ke kamar tidur. ---> (kuajaq!)

Saya tidak sanggup menjadikan A isteri kedua kerana isteri saya pun cukup bagus
dan sempurna pada mata saya.

Pada masa sama, saya mengenali seorang pelajar universiti yang kebetulan
menjalani latihan amali di tempat saya bekerja. Saya namakan dia B dan berumur
21 tahun. Hubungan kami serius dan B juga takut kehilangan saya.

B juga berharap saya menjadi miliknya. Saya melayan A dan B sama rata. Apa yang
A dapat, B juga dapat. Ini menjadikan mereka rasa disayangi dan dihargai. Usah
ditanya bagaimana saya mengatur jadual pertemuan dengan mereka dan juga urusan
saya di rumah.

Baru-baru ini saya menjalin hubungan dengan bekas pekerja di tempat kerja saya.
Perkenalan terjadi pada hari terakhir dia bekerja. Sebelum itu kami hanya
senyum bila berselisih dan pada hari terakhir dia bekerja, saya meminta nombor
telefon gadis yang saya namakan C.

C berumur 20 tahun. Dia setuju memberi nombor telefon dan daripada situ bermula
detik saya berhubungan dengan C pula. Buat masa ini saya dan C belum ke tahap
serius dan masih dalam proses mengenal hati budi, tapi saya tahu C sudah lama
tertarik dengan saya.

Bukan mengangkat diri atau berlagak. Fizikal saya tidak menarik, cuma saya guna
kelebihan mengatur ayat manis untuk memikat ketiga-tiga mereka. Mereka anggap
saya romantik dan penyayang.

Ketiga-tiga mereka boleh dikatakan sangat menarik, menjadi rebutan serta
bualan. Saya rasa beruntung dapat memiliki mereka sekali gus, tetapi jauh di
sudut hati rasa bersalah dan kesal yang amat sangat kerana curang terhadap
isteri.

Bagaimana saya dapat menebus kesilapan ini dan dalam masa sama mengelak
melukakan hati mana-mana pihak. Saya tersangat sayangkan isteri dan anak. Saya
takut kehilangan mereka akibat perbuatan ini.

JAWAPAN
Alangkah beruntungnya saudara kerana diberi kebahagiaan dan kenikmatan hidup
oleh Allah SWT. Pasti ramai mencemburui saudara kerana kenikmatan yang
diperoleh.

Kebahagiaan dan kenikmatan yang Dang Setia maksudkan bukan mengenai gadis A, B
dan C yang kini berebut-rebut untuk memiliki saudara, sebaliknya isteri yang
baik, anak comel serta kehidupan mewah hasil kedudukan kewangan saudara yang
kukuh.

Sepanjang tujuh tahun berkahwin pula, secara keseluruhannya rumah tangga
saudara bahagia, jadi izinkan Dang Setia bertanya apa sebenarnya menyebabkan
saudara menjalin hubungan dengan wanita lain, bukan sekadar seorang tapi tiga.

Saudara ada menyatakan pada awalnya hanya suka-suka dan tiada niat curang,
namun keadaan berubah menjadi serius dan saudara tidak sangka boleh jadi begitu.

Bagi Dang Setia, itu alasan ‘murah’. Ramai suami curang memberi alasan
sedemikian, hakikatnya punca utama mereka, termasuk saudara, menjalin hubungan
dengan wanita lain kerana nafsu.

Dang Setia percaya saudara sedar hakikat ini, namun enggan mengakuinya kerana
berbuat demikian bermakna saudara mengakui kelemahan sendiri.

Hakikatnya, mengakui kelemahan sendiri adalah sikap positif yang boleh membawa
kemajuan dan mereka yang tidak berani berbuat demikian sebenarnya menipu diri
sendiri.

Sebenarnya saudara tidak perlu malu mengakui saudara kini hampir tertewas
dengan godaan nafsu. Ini kerana hanya dengan mengakui kelemahan sendiri kita
mampu memperbaiki keadaan dengan berusaha mengatasinya.

Saudara juga perlu sedar saudara kini mungkin diuji oleh Allah untuk mengukur
tahap keimanan dan ketakwaan terhadap-Nya.

Jangan beranggapan ujian Allah hanya hadir dalam bentuk kesusahan atau
kesedihan kerana ujian juga hadir dengan Allah melimpahkan kesenangan serta
kemewahan.

Ini kerana lumrah manusia mudah lupa atau lalai dengan tanggungjawab kita
sebagai hamba Allah apabila hidup dilimpahi kesenangan dan kemewahan.

Bagi Dang Setia, itulah situasi saudara sekarang. Saudara diuji dengan dua
godaan hebat, iaitu kemewahan dan wanita. Kedua-duanya memang menyeronokkan,
tapi jangan sekali-kali lupa keseronokan itu sebenarnya nafsu.

Oleh itu, yang saudara perlu lakukan sekarang ialah bermuhasabah atau melihat
ke dalam diri sendiri untuk mencari kelemahan yang boleh menjauhkan saudara
daripada Allah dan mungkin juga menyebabkan saudara kehilangan segala nikmat
hidup yang dikecapi sekarang.

Insafilah betapa isteri yang baik, empat anak comel dan kedudukan kewangan
kukuh yang saudara nikmati sekarang sesungguhnya nikmat berharga daripada
Allah.

Saudara ada mengatakan sayangkan isteri dan anak serta tidak mahu kehilangan
mereka, tapi cuba fikir secara waras, hati isteri mana tidak terluka jika tahu
suaminya menjalin hubungan dengan wanita lain?

Bukankah menjalin hubungan dengan wanita lain bermakna saudara sengaja
meletakkan diri berisiko tinggi untuk kehilangan isteri dan anak?

Dang Setia percaya saudara tahu, untuk memastikan rumah tangga kekal harmoni
serta tidak kehilangan isteri berama anak, tindakan paling tepat ialah putuskan
saja hubungan dengan A, B dan C.

Berpoligami? Ya ini boleh menjadi satu lagi jalan penyelesaian untuk saudara,
tapi adakah ia lebih baik.

Jika masih teringin untuk berpoligami, terpulangl pada diri saudara, cuma Dang
Setia ingin saudara fikirkan kenyataan ini yang disampaikan kepada Dang Setia
oleh seorang lelaki yang ada tiga isteri.

Katanya, dalam berpoligami, nikmatnya hanya satu tapi peningnya sampai 10.
Fikir-fikirkanlah.

Wednesday, May 19, 2010

jikalau aku......

Jahat xde hati perut.......dah lama dah.....

busuk hati.....dah lama dah..............

dengki...... dah lama dah............


hehehehehe...tu je nak cakap...malas nk sambung ayat pjg lebar..



next time kalu ada ms terluang aku upload gambar2 terbaru k...

ops....sikit introduction psl gmbr2 next entry....ada 2 event photoshoot aku buat yg terbaru...1st familyday kt penang...2nd simple pre-wedd akak aku......editing belum siap sepenuhnya sbb lately ni sgt8X bz......so tggu la entry akan datang k......chow dulu buddy....=)






Wednesday, May 5, 2010

F.R.I.E.N.D.S FOREVER

Layan2 gambar lama..then jumpala gmbr ms kt putrajaya ngn geng2 arau. Time ni if xsilap ms besday aku 8 Ogos 2009...setahun sudah berlalu..kenangan tetap kenangan..so jom je la layan gambar..aku xtau nk ngarut ape lagi...


 azielanajwa bersama alia, wawa n leend


gambar diadaptasi dr filem gol n gincu


hijau itu ketenangan


me n my x-roomate alia...



p/s: currently xde photoshoot....so aku upload gmbr2 lme je....coming soon...gmbr from penang mali....aku nk p familyday under prudential company with my big family di batu fringgi.....kt sana aku amik gmbr byk2....nnti leh cerita kt sini k......jari2 ni dh merindu abis nk picit butang pemacu DSLR...gerammmmmm....

Ok..dah abis dah cerita..bye2....

Tuesday, May 4, 2010

Apabila nafsu menguasai akal fikiran..

Aku manusia yg xpernah lari dari membuat kesilapan. Aku manusia biasa yang sering diduga berbagai2 ujian. Aku insan lemah yg kadangkala tidak kuat utk menahan nafsu yg menguasai akal fikiran ku. Kadang2 aku rasa aku ok....tp sebenarnya aku x ok...kadang2 aku rs ak xok....tp sebenarnya masih ada cebisan2 kekuatan yg ada dlm diri aku tp aku xsedar. Malam ni, aku dh perlajari sesuatu yg baru...Hati yg terluka tidak semudah yg aku sangka untuk menyembuhkannya..Aku igt luka dihati aku dh kering..tapi berdarah kembali kemudiannya....

Susahnya nk baik....walaupun dh diberi bermcm2 kata2 nasihat,segala mcm doa2....tp kdg2 hati ni xkuat nk stand alone...aku xtau smpi bila hati ni akn pulih...i wish....hati ini cepat sembuh....jgn la mkn msa berbulan2,bertahun2....aku xsanggup nk handle lg dah....penat sgt rasa....sgt2 penat....

"Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi."---mutiara cinta---

Org kata seronok bercinta....bila bercinta kita rasa bahagia.....ada org jaga kita setiap masa, caring psl kita,sentiasa ada disaat kita memerlukan seseorg utk berkongsi apa yg kita rasa...ye..aku mengaku mmg seronok sebab aku sempat merasa di alam itu..tp disebabkan keseronokan itu..aku terlupa sesuatu perkara asas dlm bercinta.....

Bercinta biarlah kerana ALLAH...kerana Dia xpernah sesekali pon mengecewakan kita...
Berkasih biarlah kerana ALLAH..kerana kasih yang kita curahkan akan dibalas dengan ketenangan berpanjangan....



Ya Allah,
Ampunkan aku.....

Jika ini dugaan yg Engkau turunkan...aku terima dgn redha..berat yang Engkau turunkan kepadaku..aku tetap terima sebab aku percaya bahawa jika kita sentiasa sabar..kebahagiaan akan tetap menjadi milik kita yang abadi...

kata2 hikmah hari ini....

"Sedarkah kamu, terfikirkah oleh kamu?. Mengapa tuhan juga mengizinkan dia untuk menginggalkan kamu?. Sekarang memang kamu hanya bersedih dan menangis untuk menjawabnya, tapi suatu hari kelak jawapannya akan datang dan membuat kamu sangat bersyukur tentang apa yang telah terjadi."

Sunday, May 2, 2010

Room Makeover u'olls....

oh....hari sudah jauh malam..badan saya sgt kepenatan. Sedap kalau ada org picit2 manja tubuhku yg montok ini....ye seperti tajuk entry kali ini....hari ahad yg penuh aktiviti...aku dh meng"makeover"kan bilik aku....skrg bilik aku sgt tenang setenang air sungai yg mengalir di janda baik..(jgn sesekali di kocak2kan air itew ye u'olls.bahaya!)

Ini keadaan bilik aku sebelum di tukar kaler..(sila abaikan model cilik itew)




dan sekarang mari kita lihat perubahan yang dilakukan pada hari ini........jeng jeng jeng...



hehehe..aku tukar color je u'olls...cermin ikea sudah dibeli...tp x tampal lg sebab xde gam sekuat gam gajah 500tan beratnya....oh..lepas ini..saya akan mula membeli perhiasan2 seperti gambar2 dan sedikit barang2 untuk mencantikkan bilik...deko bersama eric sgt hari ni u'olls....


ok lah..stop kejap...nak p layan AIM dulu ye....baibai..sehingga bertemu lagi..

Saturday, May 1, 2010

Family day PSMB 2010 di Gambang Kuantan

yes...cerita dh lapuk...tp sbb dalam entry prewedding aku yg sebelum ni ader terbukak cerita psl nk buat entry gambar2 kat gambang masa familyday lepas so ni la aku baru nk cerita..sorry for the late posting ye...;p

familyday ni ms bulan jan 2010..anjuran PSMB compny tmpt aku keje la..for the 1st time, aku pegi ke kuantan n bercuti bersama2 kwn ofis...sgt syok...sebab semua pon 1 kepala so mmg enjoy la that time. sampai je Gambang,mkn2 time..n sgt sedap...then ptg tu ada sukaneka n utk mlm plak ada dinner. Kalu nk tau aku antara peserta karoke yang pergi final buat persembahan. Alhamdulillah..menang gak dpt no 3..hadiahnya berupa wang ringgit berjumlah RM150...aku buat belanja kwn2 mkn duit tu..hehehe...

antara gambar2 menarik yg sempat aku amik ms familyday...

gambang here we come..


time bersukaneka

moment menarik..
malam di gambang ada dinner untuk semua staff..temanya suka hati mak bapak ko....so pakai je la ape yg ada kan..janji cantik....n mlm tu aku ader buat perform...nyanyi lagu agnes monica u....matahariku...beberapa kawan aku juga terlibat malam tu..ada yg berlakon,ada yg jadi model...ni antara memori yg sempat di candid oleh kamera aku..

matahariku..oh..saya sgt nerves waktu ni

sketsa bapuk2...

model videoklip..wahh gitew..

Lepas abis family day..aku n beberapa kawan aku sambung percutian kitorg..Kali ni ke cherating plak..ye mmg aku nak sgt g cherating...sebab aku suka pantai.sgt best n cantik sgt tmpt itew...ada la sempat aku amik gmbr.....

RM280/nite


my girlfriends

apabila beliau ign menjadi patrickyes..we had fun

friendship
yes...akhirnya berjaya aku menamatkan cerita familyday gambang ini......byk kenangan menarik yg sampai skrg aku igt lagi..hopefully next year kalu aku keje PSMB lg,ada la family trip lg....tp myb percutian x havoc spt ni lg kot..sbb ada yg bakal berkahwin thn ni n thn depan....so friendship tu makin lama makin jauh la lepas ni..what ever pon....i still remember the moment we had fun 2gether....syiok woo...